Monday, 12 September 2011

Bercuti kali kedua bersama kawan di CAMERON HIGHLAND

alhamdulillah, setelah lama otak cam jammed, tibalah masa otak dan badan diberi rehat. heh... rehat? penat berjalan dan berbelanja.

tak pergi jauh sebenarnya. budget ciput, heh... tunggu duit belum turun dari langit ketujuh lagi. aku kawan-kawan ke cameron highlands kali yg kedua.Yang ni nmpak gempak skit lah..hihi..dan lbh seronok.. ini adalah tempat percutian wajib setiap tahun seperti melaka dan port dickson. sebenarnya patut pergi awal minggu,
tapi banyak bebenor kerja penting. Pada 13.11.2010 lepas spm sampai jugak kami ke cameron highlands.

lagi meriah sebab adik aku, imran yg tinggal di kuantan, pahang nak join aku. dia je yg selalu join aku. sepupu aku yg biasa join aku pun tak dijemput, malas rosakkan mood dia yg dalam kursus di kuantan. next time ye mimi.

since adik aku baru sambar kereta besau, kami pergi satu kereta je. senang, sekali harung, jimat minyak dan
tol. gilir2 drive. hotel kami tak booking sebab aku bila aku survey, kebanyakan hotel dan apartment banyak kosong. sabtu ahad je packed. rate cuti2 sekolah ni semua mahal kalau ambik apartment. rata2 harga antara rm250 ke rm650 untuk apartment 2 bilik.

sebab last year kami stay kat brincang dan apartmentnya selesa dan mudah ke mana2. ke pasar malam jalan kaki 2 minit je. so, kami menginap di hotel sama. rm300 untuk semalaman. ok lah, kongsi 5 orang.
dalam perjalanan ke sini banyak tempat jugak menyinggah sebab nak cari coklat, strawberry segar, sayur dan teh. seperti biasa, tempat yang aku akan singgah kalau datang sini ialah raja hill strawberry farm
dan kasimanis strawberry farm. 


tadi aku dah ke kasimanis strawberry farm. even ia agak jauh dari hotel penginapan kami dan jalan ditu cam jalan kawasan petempatan haram, believe me.... jem strawberry dia memang marvelous. satu yang aku ingat kenapa aku suka datang sini ialah kesedapan lempeng strawberrynya. lempeng? bunyi cam kampung je, so nama sebenarnya ialah "Strawberry pancake with ice cream" . anak2 akupun sangat menyukai lmpeng ni, sampai sorang dua keping tu.

pasar malam barang lebih murah? yup, aku setuju. strawberry tu berganda lebih murah. samalah dengan sayur mayur, buah dan teh. kalau teh tu aku lebih senang beli kat pasar malam je. cam biasa, rasanya lebih 10 kotak teh perisa strawberry untuk kawan2 rapat. jiran2 dapat sayur dan strawberry. di psar malam, benda yang tak patut dilepaskan untuk dicuba terutama orang yg baru kali pertama berkunjung sini ialah jagung mutiara, strawberry bersalut coklat, teh berperisa. ubi2 juga manis even kecik2 sebesar jari kelingking.

oh ya, sedang aku asyik bershoping (berjalan sebenarnya) di pasar malam tadi, untuk kali kedua (kali pertama jam 6pm. kali kedua jam 830pm)aku terserempak dengan kawan aku dah keluarganya. heh... macam orang HR buat reunion kat cameron highlands pulak. orang HR ni kerja banyak, sesekali ada peluang, bercuti sakan. ada kawan dah pesan aku, bila bercuti off kan henpon, aku malas. telefon asyik berdering.
malam sangat sejuk, may be sebab hujan lewat petang tadi. nasib baik ada hot shower, kalau tak mau 2 hari aku tak mandi. mandi tak wajibkan? err... kecuali kena mandi wajib, so wajib mandi. he.he.he.... semua dah beradu, cuma aku yg melayanhenpon aku, blackberry. banyak tidur dalam perjalanan tadi, tu yang segar betul matanya. ummi, fazrin, su, aini dan hazirah dah tidur, aku lah masih segar.

esok, nak pekena ice cream srawberry di raju hill strawberry farm. strawberry dia basar2 dan rasanya tak masam.even harga mahal sikit, tapi berbaloi untuk saiz, rasa dan memetiknya sendiri. Selepas selasai semua aktiviti,dalm petang tu, kami pon plg,sebab nk sambong keje...

oklah, selamat bersantai untuk diri aku sendiri.

No comments:

Post a Comment